Monday, April 6, 2009

silat spring

SILAT SPRING

Di sabah terdapat pelbagai jenis ilmu mempertahankan diri yang semakin bertambah. Antara ilmu mempertahankan diri yang terkenal ialah taekwando dan silat. Di Sabah terdapat pelbagai jenis silat antaranya ialah silat cekak, silat harimau dan sebagainya.
Dalam banyak-banyak silat di sabah terdapat sejenis silat yang terkenal dikalangan bumiputera sabah. Silat itu ialah silat spring, silat ini semakin pupus dan hanya terdapat sedikit sahaja perguruan yang masih ada di Sabah.
Silat ini dipanggil silat spring kerana pergerakannya yang seperti spring dan tangkas. Kehebatan pengamal silat ini ialah berdasarkan ketangkasan dan tahap yang telah dicapai.
Dalam silat spring ini terdapat beberapa jenis bunga. Antaranya ialah, bunga sembah, bunga 12, bunga 24 dan 36. terdapat juga beberapa bunga yang lain, tetapi sudah kurang yang mengetahuinya.
Silat spring ini berasal dari guru silat indonesia yang datang ke sabah yang akhirnya memperturunkan silat tersebut kepada orang tempatan.
Dalam mempelajari silat ini, pesilat harus melalui dua tahap iaitu tahap mula latihan. Mata pesilat akan diperah dengan air limau dan seterusnya.
Tahap kedua ialah tamat latihan, dalam tahap ini pesilat akan dimandikan dengan air bunga.

22 comments:

  1. di mana tempat tempat yang ada silat spring di sabah ni ??

    ReplyDelete
  2. beluran,,pulau jambongan ada dua org guru spring tua

    ReplyDelete
  3. apa beza spring tua sama spring muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. spring tua maksud yew silat spring yang asli dan spring muda sudah dicampur silat yang lain dan kurang keaslian yew

      Delete
  4. setakat yang saya tahu, beza antara spring muda dan tua adalah bunga dan isi.. Dan lahirnya nama perguruan itu mungkin guru tersebut mencampurkan silat aliran lain dalam silat spring.. di sabah ada 1 aliran silat spring yang asli berasal dari guru arwah kairo yang berasal dari sarawak. Silat spring 48

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl tu arwah guru khairo adalah salah seorang guru yang ada silat spring asli..sebab saya sekarang belajar silat spring di sandakan..guru silat saya adalah bekas murid arwah guru khairo dari kota belud..

      Delete
    2. Mengikut sejarah yang di ceritakan arwah guru khairo juga salah seorang dari 7 orang sahabat yang dulunya pertama dapat silat spring di sarawak..sebab itu beliau mempunyai silat spring asli

      Delete
  5. Jika kamu mau belajar spring asli warisan guru kairo yang masih mengekalkan mainan isi dan bunga, ada di nabawan, Guru Pak Salam nama dia.. Dialah murid guru kairo yang paling lama bersama dengan Guru Kairo. Area Kk dan tuaran pon ada gelanggang. Jika ingin tahu lanjut dan belajar call/sms/wassap ja (Gelanggang Lapailand area tuaran/kk: 011-16078016).Silat Spring asli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masi ka boleh belajar bi bos..

      Delete
    2. Boleh lagi tu...sya lh. baru masuk ni minggu lalu..tapi cawangan kota marudu lah

      Delete
    3. cawangan kk ada ka bos..kontek nombor saya bos..whatsaap 0128088134/kk

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Di kita belud...ramai yang tamat silat ini,termasuk anak guru arwah kairo......kg.tengkurus....sebut sj nama kairo, ramai org kenal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai anak murid Kairo sekitar k.belud....klu d kg.tempasuk 1, murid paling tua ialah, zaid....kg.tengkurus lg ramai termasuk bini,anak dan keluarga.....ramai jg murid dia yg sudah jadi guru.....kg.rosok, 1994....tujuh org yg tamat belajar, dan ada yg sudah mengajar....

      Delete
    2. Blh bagi alamat dgn no.tlfn guru yg mengajar di kota belud kah? Sy sngt berminat la ngn silat ni. Mohon dipermudahkan

      Delete
    3. Blh bagi no.tlfn guru yg mengajar di kg tengkurus di kb tu kah.. sy mau belajar laa mohon di permudahkan

      Delete
  7. Kawasan beurfort ada buka gelanggang ka silat spring

    ReplyDelete
  8. Kalau di tempat saya di Bintulu, Sarawak. Kuntau atau Silat Spring ini menjangkau peringkat ke-4. Termasuk betawi,minangkabau,ijau,tembung serta silat gayong. Dengan adat Dayak, selain buah limau diperah pada biji mata dan dimakan. Mencari ayam sabung (Labang) juga diwajibkan serta bermacam lagi termasuklah pantang larang. Ini untuk mendisiplinkan kita dalam menjaga personaliti serta menghormati seni silat yang telah diturunkan kepada kita.

    ReplyDelete